![]() |
| Ketibaan Bn ke 7 Rejimen Askar Melayu Diraja ke Tanduo |
Pelbagai persepsi dan tohmahan yang dilemparkan oleh rakyat terutamanya pihak pembangkang berkenaan isu tentang tahap kesiagaan ATM yang kononnya masih lemah serta gagal dalam aspek perisikan.Apa yang ingin saya tulis disini adalah sedikit coretan tentang kejayaan dan tahap kesiagaan yang sebenarnya bagi menutup mulut-mulut mereka yang hanya pandai menghentam (keyboard warrior le tu)
sebelum abang tulis panjang-panjang kat bawah tu, jom tengok video penglibatan askar kita disana
Berdasarkan klip video diatas, dapat kita lihat bagaimana persiapan atau combat readiness oleh pihak ATM kita pada waktu op daulat tempoh hari
APA SEBENARNYA YANG BERLAKU?
![]() |
| Gambar sewaktu serangan oleh ATM di Kampung Tanduo |
Abang nak tanya sikitla kat korang semua, tahu tak apa yang geng pembangkang tuduh kat pasukan ATM kita semua hanya main cakap je? ya, kebanyakkan tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan itu semua tidak berpandukan kepada fakta dan hanya main cakap lepas sahaja? haa..
Tatkala rakyat Malaysia sedang lena tidur berbantal empuk, bertilamkan spring, anggota -anggota kita pada masa yang sama sedang bersengkang mata mempertahankan kedaulatan tanah air kita daripada dicerobohi. Ya ini bukannya sesuatu yang mudah, kerana kali terakhir anggota kita bertempur adalah pada tahun 90 an. Jadi, tindakan panglima kita mengerahkan ketumbukan tentera yang agak besar ke Lahad Datu pada masa itu sebenarnya agak berbaloi juga kalau dikira daripada tempoh masa yang diguna untuk menghapuskan keseluruhan Royal Sulu Force yang berkekuatan lebih kurang 300 orang.. Korang semua boleh buat perbandingan bagaimana Malaysia dan Filipina menyelesaikan ancaman pengganas.. Situasi di Marawi sehingga kini masih belum dapat diistihar sepenuhnya sebagai zon selamat (berapa lama dah tu??) kita perlulah mengambil kira juga faktor ekonomi tau.. Bayangkan kalau Op daulat tempoh hari masih berlanjutan sehingga ke hari ni? sudah tentu ia akan bagi kesan pada ekonomi kita sebagai contoh keyakinan pelabur pada negara kita, Aktiviti pelancongan jangan tanyalah.. memang akan turun mendadak la. Yela sape nak pergi tempat perang? nak melancong lagi? memang operasi bunuh dirilah jawabnya.. Kesimpulannya tuan-tuan semua, janganlah kita terlalu taksub kepada mana-mana pihak dengan membuat andaian tanpa bukti!. Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah sentiasa meletakkan kepercayaan yang penuh terhadap pasukan keselamatan kita yang 24 jam menjaga kedaulatan kita.. #matterap #satukeranabersatu BYE!
.



